Tetapan yang anda pilih mengawal pihak dan aplikasi yang mana boleh melihat maklumat anda. Anda boleh berkongsi maklumat dengan rakan-rakan anda, rakan-rakan mereka atau sesiapa sahaja, oleh itu kami menyediakan praset untuk membantu anda, ataupun anda boleh menguhah suai tetapan atas kemahuan anda.
Halaman tetapan Peribadi
  • Berkongsi di Facebook
    Bahagian ini mengawal siapa yang boleh melihat kiriman seharian anda (seperti kemaskini status, gambar dan video), termasuklah perkara-perkara mengenai diri anda yang anda kongsikan juga (hari jadi dan maklumat hubungan), dan kandungan mengenai anda yang dikongsikan oleh orang lain (komen pada kiriman anda, gambar dan video yang anda ditandai). Tetapkannya sekarang dengan satu klik, supaya tetapan anda dikenakan kepada segala kiriman seharian anda pada masa hadapan. "Ubahsuai Tetapan" memaparkan senarai penuh untuk anda mengawal tahap privasi untuk setiap tetapan.
  • Berhubung di Facebook
    Nama, profil gambar, jantina, rangkaian dan nama pengguna anda ditunjukkan kepada khalayak umum kerana maklumat ini penting supaya anda boleh berhubung dengan rakan-rakan dan sanak-saudara anda.
    • Nama dan gambar profil membantu rakan-rakan mengecam anda.
    • Jantina membantu kami memerikan anda (contoh: "Tambahkannya menjadi rakan").
    • Rangkaian terbuka kepada khalayak umum supaya ahli-ahli rangkaian boleh melihat siapa yang akan berkongsi maklumat dengan mereka sebelum mereka memilih "Rakan dan Rangkaian" untuk membuat tetapan privasi.
    Maklumat lain dalam bahagian ini, termasuk tempat asal, kegiatan dan pengalaman, tersedia dibuka kepada khalayak umum untuk membantu anda berhubung dengan rakan-rakan dan memanfaatkan pengalaman Facebook anda sepenuhnya.
  • Aplikasi dan Laman Web
    Bahagian ini mengawal maklumat yang dikongsikan dengan laman web dan aplikasi, termasuk enjin carian (aplikasi dan laman web yang digunakan oleh anda dan rakan-rakan, dan sudah mendapat capaian kepada nama, gambar profil, jantina, rangkaian, senarai rakan, ID pengguna, nama pengguna, dan apa jua maklumat lain yang anda kongsikan dengan semua). Anda boleh melihat aplikasi anda, gugurkan aplikasi yang anda tidak mahu gunakan lagi, ataupun memadamkan platform itu sepenuhnya. Jika platform dipadamkan, anda tidak boleh menggunakan mana-mana aplikasi atau laman web platform, dan kami tidak akan mengkongsikan maklumat anda dengan mereka.
  • Senarai Sekatan
    Bahagian ini membolehkan anda menyekat sesiapa daripada berinteraksi dengan anda atau melihat maklumat anda di Facebook. Anda juga boleh menentukan rakan-rakan mana yang anda ingin mengabaikan jemputan aplikasi mereka, serta melihat senarai aplikasi yang disekat daripada mencapai maklumat anda dan menghubungi anda.

Kawalan Tambahan

  • Mengawal setiap kali anda pos
    Anda boleh menentukan siapa boleh melihat setiap kiriman anda. Sebelum anda mengirim kemaskini status, pautan, atau lain-lain, klik ikon kunci untuk memilih siapa yang boleh melihatnya. Apa yang anda pilih akan mengubah tetapan "Kiriman saya" anda, di mana ia bertindak sebagai tetapan tersedia.
  • Mengawal aplikasi
    Aplikasi hanya boleh melihat maklumat yang anda sudah perlihatkan kepada semua orang. Untuk mencapai maklumat selanjutnya, aplikasi perlu meminta kebenaran untuk setiap cebisan maklumat, yakni cuma maklumat yang diperlukannya untuk berfungsi.
  • Mengawal apakah yang anda sedang di tag
    Anda boleh mengawal siapa yang boleh melihat gambar dan video yang anda ditandai yang muncul dalam profil anda. Ingat, pemilik gambar masih boleh berkongsi gambar itu dengan orang-orang yang bukan rakan anda. Jika anda tidak mahu tanda anda keluar, gugurkannya dari gambar atau video itu sendiri. Ini juga mengahalang bahan itu daripada muncul dalam profil anda.

Maklumat Tambahan

  • Pengiklanan
    Kami tidak sesekali berkongsi maklumat peribadi anda dengan pengiklan. Iklan Facebook disasarkan untuk tatapan awam sepenuhnya. Facebook secara automatik akan memadankan iklan dengan audiens yang bersesuaian jika pengiklan memilih sasaran demografi untuk iklan mereka. Para pengiklan akan hanya menerima laporan data tanpa nama.
    Untuk menjadikan iklan lebih relevan kepada anda dan rakan-rakan anda, sesetengah iklan dilengkapi ciri-ciri perhubungan sosial, seperti butang Suka, serta konteks sosial seperti "Rakan anda menyukai Kedai Roti Ceria."
    Apabila anda mengklik Suka pada Halaman, iklan atau produk syarikat:
    • Anda menjalin hubungan dengan syarikat itu dan menerima kemaskini daripadanya dalam Suapan Berita anda.
    • Cerita hubungan anda terpapar pada Dinding anda.
    • Rakan-rakan anda juga boleh melihat cerita anda menyukai syarikat itu dalam Suapan Berita mereka. Anda boleh sentiasa menyemak dan menguruskan sukaan, aktiviti dan sambungan anda dengan menyunting profil anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai butang Suka, kunjungilah FAQ Pusat Bantuan kami.
    Jika anda menyukai sesebuah syarikat yang menjalankan iklan dalam Facebook, kami boleh memasangkan nama dan gambar profil anda pada iklan itu apabila dilihat oleh rakan-rakan anda, dalam cerita ala Suapan Berita. Konteks sosial ini merelevankan lagi iklan itu kepada anda dan rakan-rakan. Ketahui dengan lebih lanjut...
    Untuk keterangan lanjut mengenai iklan berkonteks sosial dan berciri perhubungan sosial, lawati Pusat Bantuan kami.
  • Maklumat tersedia untuk semua
    Maklumat yang anda kongsikan dengan semua orang - di samping nama, gambar profil, jantina, rangkaian dan nama pengguna anda - boleh dilihat oleh sesiapa sahaja di Internet. Sila ambil perhatian bahawa ia akan diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang melihat profil anda, lebih-lebih lagi aplikasi dan laman web yang digunakan oleh anda dan rakan-rakan anda juga dapat mencapainya.
  • Pemalam sosial
    Butang dan kotak yang mengandungi kandungan Facebook mungkin kelihatan dalam laman web lain untuk membuat lebih pengalaman sosial untuk anda. Kandungan dalam pemalam sosial ini datangnya terus dari Facebook. Jika anda mengklik "Suka" atau membuat komen dengan menggunakan pemalam sosial, aktiviti anda akan diterbitkan dalam Facebook lalu ditunjukkan kepada rakan-rakan Facebook anda yang menjumpai pemalam dalam laman yang sama. Perkara-perkara yang anda sukai juga boleh terpapar dalam profil anda (tetapi anda boleh mengawalnya dalam Maklumat Direktori Asas).
  • Instant personalization
    Sesetengah laman pekongsi tertentu boleh mencapai maklumat anda untuk mempersonalisasikan pengalaman anda sebaik sahaja anda tiba, tetapi terhad kepada maklumat yang sudah nyata kepada semua orang sahaja. Anda boleh memadamkan ciri personalisasi segera untuk laman-laman tertentu ataupun memadamkannya dalam halaman Aplikasi dan Laman Web. Ini akan menghalang pekongsi-pekongsi ini daripada menerima maklumat anda menerusi personalisasi segera, termasuk apa yang diperlihatkan kepada semua orang.
  • Carian
    "Carian awam" di halaman Aplikasi dan Laman Web mengawal keupayaan sesiapa yang menaipkan nama anda dalam enjin carian untuk melihat pratonton profil Facebook Anda. Ia juga mengawal perkara-perkara mana yang anda pilih khusus untuk dikongsikan dengan semua orang boleh dipaparkan dalam hasil carian dalam dan luar Facebook.
  • Melindungi golongan bawah umur
    Kami komited untuk melindungi pengguna bawah umur di Facebook. Untuk makluman golongan bawah umur: anda tidak disenaraikan dalam hasil carian awam, dan maklumat anda hanya boleh dilihat oleh rakan-rakan dan rangkaian, walaupun anda tetapkan supaya dibuka kepada khalayak umum, sehingga usia anda mencecah 18 tahun; kecuali nama, gambar profil, jantina, rangkaian dan nama pengguna yang boleh dilihat oleh khalayak umum supaya rakan-rakan di dunia sebenar boleh mengecam anda.